بِسۡمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT
kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk
menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan
wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap
rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ
شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan
pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.”
(QS. Al Ahzab : 45)
.
Manakala
Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi
dan rasul terakhir umat manusia.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن
رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ
بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di
antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah
Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Sejak
kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah 25 nabi dan
rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui,
namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun
kejadian dan peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah
mereka berlaku.
.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ
مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu,
di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada
(pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (QS.
Ghafir : 78)
.
Jumlah
nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada
124,000 orang, sebagaimana disebutkan di dalam hadis berikut :
.
Dari
Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi
itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda
menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR At-Tarmizi r.a.)
.
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي
الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
“Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat
yang terdahulu.” (QS. Az
Zukhruf : 6)
.
.
.
Bila
Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
.
Nama
25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara istimewa di
dalam Al-Quranul Karim. Terdapat beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para
pengkaji sejarah tentang anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka
tinggal dan beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan,
baik dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta sejarah.
.
Berikut
adalah senarai para nabi dan biodata peribadi mereka
masing-masing :
.
1. Nabi Adam
Dianggarkan
Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali
sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi.
Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia
dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di
sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama
nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan
bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi
Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin
Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda
diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi
Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin
Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan
tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali
dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak
menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi
Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang
Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf,
Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan
diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi
Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan
Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud
yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di
dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi
Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda
dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun
1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai
Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan
wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi
Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum
Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan
dan Baginda meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi
Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin
Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar
menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah
Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan
mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi
Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada
tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah
Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam
Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil
Hebron, Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi
Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak.
Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi
Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup
pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak
lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi
Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550
SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di
Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi
Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500
SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam,
Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran.
Mempunyai 26 anak. Baginda wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi
Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460
SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus &
sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran.
Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi
Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup
pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2
anak. Baginda wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi
Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi
Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan
meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi
Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil
di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.
Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi
Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun
870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di
Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam
Al-Quran. Baginda tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi
Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda
Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun
830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang
Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam
Al-Quran. Baginda wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi
Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang
Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di
dalam Al-Quran. Baginda wafat di Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi
Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan
Baginda Baginda hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di
Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran.
Baginda mempunyai seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi
Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman.
Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 1SM – 31M dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani
Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam
Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi
Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di
Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda
juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada
tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam
semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali
di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di
Madinah.

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi
dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.

No comments:
Post a Comment